assalamualaikum salam ukhwah kepada semua
pada tanggal 27hb. November, 2010 telah berakhirnya sukan yang kedua terbesar di dunia, sukan asia kali ini telah menampakkan peningkatan atlet malaysia pada setiap edisi yang diadakan, 2002 - 7 emas, 2006 - 8 emas, 2010 9 emas, dalam pencapaian ini kita perlu berasa bangga dengan keupayaan negara kita dalam beberapa acara yang disertai oleh atlet kita, - Tahniah kontigen negara....
apa yang kita hendak kongsikan di sini ialah kita sepatutnya boleh menjangkau emas yang lebih banyak dari apa yang kita dapat, sebagai contoh mana emas dari badminton??? padahal kita memiliki perseorangan lelaki ranking 1 dunia, kita juga memiliki beregu lelaki ranking 1 dunia??? tetapi manakah emas yang perlu disumbangkan??? berbalaoikah pagkat DATUK yang dikurniakan tetapi tidak dapat memberi apa pun kepada malaysia, Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan sea, Sukan Olimpik semua ini adalah emas yang akan dibaggakan oleh negara-negara dunia, sepatutnya pingat emas ini adalah sumbangan kepada negara, bukannya sekadar kejohanan terbuka... kejohanan terbuka adalah kepada diri sendiri negara tidak dapat apa-apa pun.. oleh itu dapat kita simpulkan bahawa skuad badminton negara tidak pernah mengharumkan nama negara dipentas sukan dunia.. kita amat kecewa, mungkin kekalahan mereka atas faktor ego dan megah diri seperti mana chong wei ditewaskan oleh bongsak dari thailand, adakah ini dinamakan 1 dunia??? tidak sama sekali.. Lindan lebih berhak dinobatkan jaguh dunia tanpa tandingan,, kita semua harap daripada skuad badminton agar lebih komintmen dalam perjuangan...
"kita akan membawa pulang sekurang-kurangnya 1 emas atau saya letak jawatan" ini datangnya dari skuad takraw malaysia, mana emas nya, dalam perjungan dalam sukan asia ini, kita telah dapat menarik nafas lega setelah berjaya membalas dendam terhadap korea selatan yang telah menumbangkan skuad kita pada temasya piala raja thai pada julai yang lepas, tetapi persembahan yang tidak menyakinkan pada final menyebabkan kita sekali lagi tumbang kepada Thailand dengan 2-0 yang mana satu set pun tidak memihak kepada kita, adakah thailand terlalu handal untuk kita tewaskan atau kita hanya jaguh sorak sahaja??? jaguh kampung??? timbul persoalan di dada kita semua dalam skuad takraw negara, kenapa terlalu banyak atlet takraw datang nya dari selangor??? adakah persatuan sepak takraw malaysia tidak mengadakan pemilihan seluruh negara?? kalau ini lah yang belaku dalam fenomena negara memang tidak syak lagi sukan sepak takraw negara tidak akan kemana dan jangan mimpi kita dapat tewaskan thailand, fikir-fikirkan lah...
tetapi dalam kekecewaan terhadap beberapa sukan, terdapat juga beberapa sukan yang boleh dibanggakan, seperti wusyu, karate, squasy, basikal dan terutama dalam sejarah penglibatan negara ialah hoki, walaupun dikecam beberapa pihak dalam sukan komanwel yang lalu, tetapi dalam sukan asia kali ini, HOKI LAH JAGUH NEGARA yang sebenar, dapat menewaskan India dan China yang mana antara kuasa besar hoki dunia, tahniah dan syabas, buat lah yang tebaik dan kekalkan konsisten ini agar kami rakyat malaysia percaya kepada team ini,
walaupun mengharapkan nasib Jordan dan pakistan kalah untuk layak ke pusingan kedua berdasarkan tempat ketiga kumpulan, team bola sepak negara berjaya ke pusingan kedua, walaupun tewas tetapi boleh disimpulkan adalah terbaik, pujian juga harus diberikan kepada penjaga gol negara kerana dialah hero negara... apa-apa pun pengalaman sukan asia ini jadikanlah semangat dan iltizam demi menempuh sukan AFF yang akan datang, tumbangkan ego thailand, tumbangkan ego indon dan jangan membiarkan diaibkan oleh loas seperti mana pengalaman yang ada lepas...
wahai atlet-atlet negara... tolong manfaatkan pelaburan wang oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti sukan di malaysia, telah dilaburkan jutaan ringgit kepada kamu semua demi nama negara,
majulah sukan untuk negara,
Sunday, November 28, 2010
Thursday, November 11, 2010
TERBUKA KEBAHGIAAN DI KALBU SENI
Hati ini bak biola gitar yang lembut berseni, andai dikasari akan pincang lah lagu rosak lah irama, begitu juga lah hati ini andai dikasari akan begitulah jadinya senasib biola gitar yang pincang bunyinya. Harap hati ini akan dijaga seperti mana cintanya Adam dan Hawa, seperti cinta orang putih Romeo dan Juliet. Aduh memag indah kalau dikurniakan cinta seperti ini... Hati akan berasa sungguh bahagia yang mana tidak akan pincang dengan kekasaran melainkan keadaan yang telah diaturkan oleh Yang Maha Esa.
Setiap kali hati ini ingin berbicara terkelu seribu bahasa oleh seterunya iaitu mulut... memang beribu orang dah tewas dengan mulutnya sendiri... dek kata pepatah pujangga "kerana mulut badan binasa" kenapa wujud pepatah ini?? kerana mulut akan menyakiti hati tanpa disedari..
Ya Allah Ya Tuhan ku kurniakan lah kepada ku insan yang boleh membuatkan hati ku ini tenang dan bahagia buat selama-lamannya...
Amin Yarobbal Alamin

Friday, October 22, 2010
kembali ke kampung halaman
pada malam ini bertarikh 22/10/2010 aku akan pulang ke kampung halaman buat seketika... bukan kerana untuk melawat.. bukan kerana ada walimatul urus.. bukan juga kerana memberi sokongan kepada skuad kenari.. bukan juga ada kecelakaan... tetapi kembalinya diri ini atas kerana satu perjuangan... perjuangan masa depan... walaupun peperangan ini berlaku di beseri, perlis.. aku akan tetap gagahi jua...
peperiksaan ujian personaliti test... ini lah ujian yang aku perlu harungi selama 45 minit.. Ya Allah berikan lah hamba mu ini satu kekuatan untuk menempuh ujian ini... aku akan terus berusaha.. berusaha.. dan terus berusaha... ungkapan arab ada menyatakan "من جد و جد " yang bermaksud sesiapa yang berusaha akan mendapat kejayaan ini adalah salah satu kat-kata perangsang kejayaan kepada semua calon yang akan menghadapi bersama-sama ujian ini...
kepada rakan-rakan aku memohon doa seiring dengan aku untuk berjaya mengharungi ujian ini... bukan simpati.. bukan wahai teman... tetapi hanya doa ikhlas tanda sokongan kamu semua yang diharapkan...

Thursday, October 21, 2010
penjelasan kepada pertanyaan
[ Di Mahkamah Syariah Shah Alam, datang kepada ku seorang wanita yang agak seksi pakaiannya sedang mulutnya berkumat-kamit dengan berkata-kata. Dari raut wajahnya aku dapat melihat bahawa suatu yang tersirat terkandung di dalamnya. Tetiba sahaja wanita berkenaan duduk berdekatan dengan ku sambil dia merenung kehadapan. Wanita ini umurnya dalam lingkungan 30-40 an. Lidah ku berani berkata indah dengannya... kenapa puan terkeluar soalan dari ku.. berpaling wanita berkenaan dengan wajah yang agak tidak marah lagi.. mungkin dia melihat ku sebagai seorang peguam.. wanita berkenaan dengan rasa rendahnya menyatakan suaminya nak berkahwin lagi.. dan yang membuatkan diriku agak terkejut adalah kerana satu ayat yang tidak pernah aku dengar menyatakan "kenapa wanita tidak boleh kawin banyak??? klu boleh aku pun nak kawin lagi biar padan dengan muka orang tu??? terkejut aku mendengarkan soalan sedemikian... ]
Aku dengan rasa penuh tanggungjawabnya.. dengan ilmu yang saya pelajari sebelum ini menjelaskan kepada wanita berkenaan bahawa poligami hanya diberikan kepada lelaki dan tidak kepada wanita.. ini semua Allah tetapkan ada hikmahnya... Firman Allah S.W.T { Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (yang lain) dua, tiga, empat} [An-Nisa': 3] Allah hanya meletakan kepada lelaki sahaja poligami... kerana banyak hikmah nya... antara hikmah poligami hanya kepada lelaki ialah.. lelaki adalah bersifat kepimpinan dan tidak seperti wanita.. yang kedua kalau wanita berpoligami bagaimanakah kita hendak menentukan nasabnya... kerana bayi hanya keluar daripada rahim seorang wanita... bukan daripada lelaki... ingatlah seorang lelaki kepada isteri yang lebih nasabnya akan juga kembali kepada lelaki berkenaan... manakala jika perempuan bersuami lebih, bagaimanakah hendak menentukan nasab anak tersebut kepada suaminya... adakah wanita boleh tentukan anak kepada siapa??? secara logik akal dan logik sains pun tidak akan menyatakan boleh... ia tetap tidak boleh... ini adalah salah satu perkara yang amat penting kepada kaum wanita...
ingatlah kaum wanita.. anda jangan berkata tidak kepada sesuatu hukum yang Allah kata harus... kerana mengharamkan yang halal dan menghalal kan yang haram hukum nya berdosa besar...
Apa yang saya ingin tegaskan di wacana pada kali ini ialah sikap wanita yang terlalu menolak poligami... ingatlah jangan anda menolak hukum... jika tidak mahu berpoligami nyatakan dengan elok dan jangan salah kan hukum.. ini kerana poligami juga ada hikmah yang sangat banyak... apa yang telah saya selidiki poligami ini dipohon oleh pihak suami kebanyakkan juga dari sikap isterinya juga.. di sini saya tidak banyak dedahkan kerana memberikan ruang kepada si isteri berpikir...
MARAH... GERAM... MEMANG TIDAK AKAN IZIN>>> ini semua adalah satu sikap daripada segelintir wanita yang tidak bersetuju suaminya berpoligami... ingatlah wahai wanita... banyak kebaikan dari keburukannya kalau anda berfikir sedemikian.. anda mahu suami anda berbuat dosa??? anda mahu suami anda memendam rasa...
suami... jangan terlalu suka jika berpoligami... ingatlah bahawa berpoligami besar tanggungjawabnya.. ingat poligami anda perlu melalui banyak syaratnya.. mampu dari segi meterial.. mampu daripada batin... mapu darisegi keadilan... dan jangan anda wahai suami sedikit pun melakukan kemudharatan kepada isteri anda...
hadis Nabi S.A.W " Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh melakukan kemudharatan" apakah yang anda paham dari hadis ini??? adakah anda paham??? hadis ini menjelaskan tidak boleh sedikit pun anda melakukan kemudharatan kepada isteri kamu.. jika kamu rasa tidak mampu untuk tidak melakukan kemudharatan... jangan kamu berpoligami... jangan kamu sedikit pun ada niat untuk berpoligami...
KITA RENUNG KITA AMAL

Wednesday, October 20, 2010
HIBURAN oh HIBURAN
Hiburan adalah salah satu perkara yang agak sukar dielakkan daripada seseorang manusia biasa.. tambahan pula telah kita ketahui bahawa pada zaman serba moden ini hiburan telah menjadi satu perkara yang tidak terkawal yang mana sehingga telah sampi satu tahap membimbangkan.. adakah hiburan itu haram??? tidak boleh berada dalam kehidupan seorang muslim??? adakah seorang muslim tidak boleh berhibur langsung??? oleh itu mari hayati hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a yang bermaksud " sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang disampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu'ath. Aku berkata kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah Nabi ini terdapat serunai syaitan? sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita" [Riwayat Ibnu Majah ]
Berdasarkan hadis ini tiada larangan dari Nabi S.A.W dalam berhibur.. ini kerana fitrah manusia manusia memerlukan ketengan jiwa.. dalam berhibur adalah satu cara untuk ketenangan jiwa... Syeikh Yusof Al-Qadawi ada menyatakan mengenai ketengan jiwa iaitu antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Oleh itu tahu lah kita bahawa nyanyian ini diharuskan dalam Islam selagi mana tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak dibolehkan dalam Islam iaitu berunsur lucah, keji, berbau fitnah serta yang boleh merangsangkan seseorang untuk melakukan dosa...
ini dikuatkan lagi dengan fatwa kebangsaan yang telah menyatakan senikata yang baik; tidak lucah, tidak biadap, tidak mendorong melakukan dosa dan tidak bercampur lelaki dan perempuan adalah harus... manakala sebaliknya adalah haram...manakala nyayian yang menaikan semangat jihad adalah harus...
kenapa Islam meletakkan garis panduan dalam berhibur??? ini kerana untuk mengelakkan berlakunya kerosakan rohani kepada ummatnya... jangan kita jadikan hiburan yang tidak berlandaskan Islam sebagai sumber... seperti mana Black Metal.. Skinhead... Silkhannas dan berbagai-bagai lagi muzik yang merosakkan yang mana boleh sehingga merosakkan aqidah... ini semua bukan datang dari Islam, tetapi datang daripada pengaruh barat atas niat berpaksikan kehancuran terhadap Islam...
Ingatlah.. tarian... teater persenbahan.. semua ini bukan sahaja hiburan alunan telinga tetapi mata digabungkan... adakah ini pula boleh di sisi Islam??? semua ini atas setiap sesuatu persembahan yang akan disembahkan... telah diletakkan garis panduan tertentu... auratnya ... sopan santun nya... tidak keterlaluan perbuatannya... lirik yang tidak boleh mendatang kan dosa... semua ini perlu dititik beratkan oleh semua penghibur...
Ingatlah bahawa Islam tidak pernah sama sekali mengharamkan hiburan tetapi Islam meletakkan garis panduan semuanya ini adalah satu tujuan untuk mengelakkan daripada ummat Islam terpesong daripada ajaran sebenar dan untuk mengelakkan keruntuhan rohani dan akhlak yang suci...
Kita perlu beringat bahawa pada zaman akhir zaman ini telah terbukti bahawa manusia mencari hiburan sehingga terlupa kepada Pencipta yang Maha Esa...
KITA RENUNG KITA AMAL.... assalamualaikum

Tuesday, October 19, 2010
kenapa mahal sangat
[ Pada hari itu ada seorang pemuda menanyakan kepada ku, kenapa zaman sekarang terlalu mahal hendak berkahwin??? kenapa zaman dulu murah ja??? ini menyebabkan kami pemuda biasa susah sangat nak berkahwin.. macam mana nie??? kami pun nak buat juga ibadah... kalau kawin mahal pun sampai bercerai berai pun tak guna gak kan??? kita kawin kan untuk mendapat keredhaan Allah ]
Masyallah terkeluar dari mulutku... soalan yang sukar untuk ku menjawab.. tetapi atas tanggungjawab ku gagahi jua menjawab walaupun jawapan ku akan menyebabkan kaum hawa terpikir atau akan memarahiku...
Kataku kepadanya.. Kawin adalah satu ibadah sunat yang kita perlu penuhi... kerana fitrah hidup di dunia ini menggalakkan kita berkahwin.. "Dunia adalah bahan keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan yang solehah" [ Riwayat Muslim]
Kenapa kita perlu berkahwin??? kerana galakan Nabi sepertimana Hadis Nabi S.A.W " Wahai para pemuda! sesiapa yang berkemampuan hendaklah dia berkahwin, kerana perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Sesiapa yang tidak berkemampuan hendaklah dia berpuasa, kerana berpuasa adalah pendindingnya" [Riwayat Bukhari] - dalam hadis ini kenapa Nabi S.A.W mengatakan atau menyeru kepada Asshabab (pemuda) kenapa tidak kepada orang tua?? persoalan ini terjawab seandainya kita merujuk kepada hikmah nikah itu sendiri yang mana antaranya menambah zuriat dan umat Nabi S.A.W, kerana kita perlu tahu kajian sains telah menceritakan bahawa zuriat yang subur adalah diusia remaja dan perempuan juga telah ditetapkan tempoh suburnya...
Oleh itu berbalik kepada persoalan pemuda tadi yang hendak berkahwin tetapi masih tidak mampu atas sebab kaum hawa terlalu meletakkan harga yang telalu mahal.. tahu lah kita bahawa pemuda ini ingin melakukan ibadah perkahwinan... adakah dia masih tidak mampu... mari kita renungkan seorang wanita yang bergraduan ijazah pada masa sekarang telah mencecah RM10,000 walaupun lelaki tadi telah memiliki di dalam pemilikannya RM6,000 adakah ini masih lagi di dalam golongan pemuda yang tidak berkemampuan menurut hadis tadi??? adakah zaman sekarang orang berlumba-lumba untuk meletakan harga yang mana akhirnya akan tiada keberkatan??? hadis Nabi ada menyatakan " Berkahwinlah, walaupun dengan bermas kahwinkan sebentuk cincin besi" [Riwayat Bukhari] - dari hadis ini apa yang dapat disimpulkan bahawa bukan lah cincin besi itu yang menjadi jawapan, tetapi kemampuan yang ada adalah jawapan yang sebenar... tapi ini perlu lah mendapat persetujuan dengan bakal isteri yang terpilih...
Apa jawapan yang pemuda tadi ingin tahu adalah... kita sebagai lelaki di zaman serba moden ini telah ditindas oleh adat kita sendiri... memang adat ini pada asasnya adalah keperluan yang tidak membebankan... tetapi apabilah telah termasuk di zaman moden ini keperluan itu telah terlalu membebankan... dalam perkahwinan hanya diletakkan mas kahwin... kenapa ada wang hantaran??? apakah ini wang hantaran??? wahai pemuda... kita tidak salahkan adanya wang hantaran.. ini juga dapat membantu keluarga bakal isteri dalam urusan walimatul urus (kenduri) tetapi berpatutan kah mintak melebihi keperluan???? tiada komen dari ku hanya dipinta adalah renungan kepada pemuda tersebut...
Wahai pemuda... dalam Islam memang tidak diletakkan kadar mahar.. minima mahupun maxsima... tetapi mari kita renungkan hadis ini untuk kita mendapat keberkatan.. "Saidina Umar bin al-Khatttab r.a berkata: Janganlah kamu melampau dalam meletakkan mas kahwin. Sekalipun mereka adalah orang yang dipandang tinggi di dunia, ataupun bertaqwa. Orang yang paling layak kamu contohi ialah Rasulullah S.A.W.. Baginda tidak pernah memberikan mas kahwin kepada isteri-isterinya dan meminta mas kahwin untuk anak-anak perempuannya lebih daripada 12 auqiah (480 dirham)" [Riwayat Ahmad]
melalui hadis ini marilah kita sama-sama renung dan berpikir bagaimanakah perkahwinan yang diberkati oleh Allah untuk kita cari...

Monday, October 18, 2010
mari kita renungkan bersama
[BANGKOK: Kira-kira 14 orang terbunuh dan 78,000 penduduk terpaksa berpindah dalam kejadian banjir di Vietnam, lapor sumber rasmi, semalam.] - harian metro
Setelah kita digemparkan oleh banjir besar yang telah melanda negara Pakistan, China, dan beberapa negara Eropah, sekarang banjir telah jua berlaku di negara Vietnam yang mana di dalam Asia Tenggara. Ditambahkan lagi dengan gempa bumi yang berlaku di sana sini. Permusuhan yang seringkali berlaku diseluruh dunia. Allahu akhbar... Mungkinkah ini tanda-tanda kiamat sudah dekat. Jangan kita hanya berhibur dengan gelak ketawa dalam drama Indonesia yang berjudul kiamat sudah dekat sahaja, tetapi kita jua perlu memikirkan adalah memang benar kiamat telah dekat.
Esok... Lusa... Bulan depan... Tahun Depan... adakah kita boleh menjangkakan??? mesti tidak kan.. jadi kenapa kita masih lupa kepada Pencipta kita.. kepada tuan yang memiliki sekelian alam... kepada Tuhan yang maha Esa.. Allah subahanallahutaala...
Ingatlah kita bahawa... kiamat... itu pasti akan tiba,

Sunday, October 17, 2010
ALHAMDULILLAH
kepada semua....
pada hari ini Isnin jam 1.18am...
telah wujudnya satu laman blog yang akan diterajui oleh saya sendiri...
blog ini bertujuan untuk perbincangan dan pertanyaan secara terbuka
terutamanya berkaitan dengan saya punya bidang iaitu dalam undang-undang syariah...

Subscribe to:
Posts (Atom)