[ Di Mahkamah Syariah Shah Alam, datang kepada ku seorang wanita yang agak seksi pakaiannya sedang mulutnya berkumat-kamit dengan berkata-kata. Dari raut wajahnya aku dapat melihat bahawa suatu yang tersirat terkandung di dalamnya. Tetiba sahaja wanita berkenaan duduk berdekatan dengan ku sambil dia merenung kehadapan. Wanita ini umurnya dalam lingkungan 30-40 an. Lidah ku berani berkata indah dengannya... kenapa puan terkeluar soalan dari ku.. berpaling wanita berkenaan dengan wajah yang agak tidak marah lagi.. mungkin dia melihat ku sebagai seorang peguam.. wanita berkenaan dengan rasa rendahnya menyatakan suaminya nak berkahwin lagi.. dan yang membuatkan diriku agak terkejut adalah kerana satu ayat yang tidak pernah aku dengar menyatakan "kenapa wanita tidak boleh kawin banyak??? klu boleh aku pun nak kawin lagi biar padan dengan muka orang tu??? terkejut aku mendengarkan soalan sedemikian... ]
Aku dengan rasa penuh tanggungjawabnya.. dengan ilmu yang saya pelajari sebelum ini menjelaskan kepada wanita berkenaan bahawa poligami hanya diberikan kepada lelaki dan tidak kepada wanita.. ini semua Allah tetapkan ada hikmahnya... Firman Allah S.W.T { Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (yang lain) dua, tiga, empat} [An-Nisa': 3] Allah hanya meletakan kepada lelaki sahaja poligami... kerana banyak hikmah nya... antara hikmah poligami hanya kepada lelaki ialah.. lelaki adalah bersifat kepimpinan dan tidak seperti wanita.. yang kedua kalau wanita berpoligami bagaimanakah kita hendak menentukan nasabnya... kerana bayi hanya keluar daripada rahim seorang wanita... bukan daripada lelaki... ingatlah seorang lelaki kepada isteri yang lebih nasabnya akan juga kembali kepada lelaki berkenaan... manakala jika perempuan bersuami lebih, bagaimanakah hendak menentukan nasab anak tersebut kepada suaminya... adakah wanita boleh tentukan anak kepada siapa??? secara logik akal dan logik sains pun tidak akan menyatakan boleh... ia tetap tidak boleh... ini adalah salah satu perkara yang amat penting kepada kaum wanita...
ingatlah kaum wanita.. anda jangan berkata tidak kepada sesuatu hukum yang Allah kata harus... kerana mengharamkan yang halal dan menghalal kan yang haram hukum nya berdosa besar...
Apa yang saya ingin tegaskan di wacana pada kali ini ialah sikap wanita yang terlalu menolak poligami... ingatlah jangan anda menolak hukum... jika tidak mahu berpoligami nyatakan dengan elok dan jangan salah kan hukum.. ini kerana poligami juga ada hikmah yang sangat banyak... apa yang telah saya selidiki poligami ini dipohon oleh pihak suami kebanyakkan juga dari sikap isterinya juga.. di sini saya tidak banyak dedahkan kerana memberikan ruang kepada si isteri berpikir...
MARAH... GERAM... MEMANG TIDAK AKAN IZIN>>> ini semua adalah satu sikap daripada segelintir wanita yang tidak bersetuju suaminya berpoligami... ingatlah wahai wanita... banyak kebaikan dari keburukannya kalau anda berfikir sedemikian.. anda mahu suami anda berbuat dosa??? anda mahu suami anda memendam rasa...
suami... jangan terlalu suka jika berpoligami... ingatlah bahawa berpoligami besar tanggungjawabnya.. ingat poligami anda perlu melalui banyak syaratnya.. mampu dari segi meterial.. mampu daripada batin... mapu darisegi keadilan... dan jangan anda wahai suami sedikit pun melakukan kemudharatan kepada isteri anda...
hadis Nabi S.A.W " Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh melakukan kemudharatan" apakah yang anda paham dari hadis ini??? adakah anda paham??? hadis ini menjelaskan tidak boleh sedikit pun anda melakukan kemudharatan kepada isteri kamu.. jika kamu rasa tidak mampu untuk tidak melakukan kemudharatan... jangan kamu berpoligami... jangan kamu sedikit pun ada niat untuk berpoligami...
KITA RENUNG KITA AMAL
No comments:
Post a Comment