Wednesday, October 20, 2010

HIBURAN oh HIBURAN

Hiburan adalah salah satu perkara yang agak sukar dielakkan daripada seseorang manusia biasa.. tambahan pula telah kita ketahui bahawa pada zaman serba moden ini hiburan telah menjadi satu perkara yang tidak terkawal yang mana sehingga telah sampi satu tahap membimbangkan.. adakah hiburan itu haram??? tidak boleh berada dalam kehidupan seorang muslim??? adakah seorang muslim tidak boleh berhibur langsung??? oleh itu mari hayati hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a yang bermaksud " sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang disampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu'ath. Aku berkata kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah Nabi ini terdapat serunai syaitan? sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita" [Riwayat Ibnu Majah ] 

Berdasarkan hadis ini tiada larangan dari Nabi S.A.W dalam berhibur.. ini kerana fitrah manusia manusia memerlukan ketengan jiwa.. dalam berhibur adalah satu cara untuk ketenangan jiwa... Syeikh Yusof Al-Qadawi ada menyatakan mengenai ketengan jiwa iaitu antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Oleh itu tahu lah kita bahawa nyanyian ini diharuskan dalam Islam selagi mana tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak dibolehkan dalam Islam iaitu berunsur lucah,  keji, berbau fitnah serta yang boleh merangsangkan seseorang untuk melakukan dosa...

ini dikuatkan lagi dengan fatwa kebangsaan yang telah menyatakan senikata yang baik; tidak lucah, tidak biadap, tidak mendorong melakukan dosa dan tidak bercampur lelaki dan perempuan adalah harus... manakala sebaliknya adalah haram...manakala nyayian yang menaikan semangat jihad adalah harus...

kenapa Islam meletakkan garis panduan dalam berhibur??? ini kerana untuk mengelakkan berlakunya kerosakan rohani kepada ummatnya... jangan kita jadikan hiburan yang tidak berlandaskan Islam sebagai sumber... seperti mana Black Metal.. Skinhead... Silkhannas dan berbagai-bagai lagi muzik yang merosakkan yang mana boleh sehingga merosakkan aqidah... ini semua bukan datang dari Islam, tetapi datang daripada pengaruh barat atas niat berpaksikan kehancuran terhadap Islam...

Ingatlah.. tarian... teater persenbahan.. semua ini bukan sahaja hiburan alunan telinga tetapi mata digabungkan... adakah ini pula boleh di sisi Islam??? semua ini atas setiap sesuatu persembahan yang akan disembahkan... telah diletakkan garis panduan tertentu... auratnya ... sopan santun nya... tidak keterlaluan perbuatannya... lirik yang tidak boleh mendatang kan dosa... semua ini perlu dititik  beratkan oleh semua penghibur...

Ingatlah bahawa Islam tidak pernah sama sekali mengharamkan hiburan tetapi Islam meletakkan garis panduan semuanya ini adalah satu tujuan untuk mengelakkan daripada ummat Islam terpesong daripada ajaran sebenar dan untuk mengelakkan keruntuhan rohani dan akhlak yang suci...

Kita perlu beringat bahawa pada zaman akhir zaman ini telah terbukti bahawa manusia mencari hiburan sehingga terlupa kepada Pencipta yang Maha Esa...

KITA RENUNG KITA AMAL.... assalamualaikum



  

No comments:

Post a Comment