Hati ini bak biola gitar yang lembut berseni, andai dikasari akan pincang lah lagu rosak lah irama, begitu juga lah hati ini andai dikasari akan begitulah jadinya senasib biola gitar yang pincang bunyinya. Harap hati ini akan dijaga seperti mana cintanya Adam dan Hawa, seperti cinta orang putih Romeo dan Juliet. Aduh memag indah kalau dikurniakan cinta seperti ini... Hati akan berasa sungguh bahagia yang mana tidak akan pincang dengan kekasaran melainkan keadaan yang telah diaturkan oleh Yang Maha Esa.
Setiap kali hati ini ingin berbicara terkelu seribu bahasa oleh seterunya iaitu mulut... memang beribu orang dah tewas dengan mulutnya sendiri... dek kata pepatah pujangga "kerana mulut badan binasa" kenapa wujud pepatah ini?? kerana mulut akan menyakiti hati tanpa disedari..
Ya Allah Ya Tuhan ku kurniakan lah kepada ku insan yang boleh membuatkan hati ku ini tenang dan bahagia buat selama-lamannya...
Amin Yarobbal Alamin
No comments:
Post a Comment