Sunday, November 28, 2010

BERAKHIRNYA SUKAN ASIA DI TANAH BESAR

assalamualaikum salam ukhwah kepada semua

pada tanggal 27hb. November, 2010 telah berakhirnya sukan yang kedua terbesar di dunia, sukan asia kali ini telah menampakkan peningkatan atlet malaysia pada setiap edisi yang diadakan, 2002 - 7 emas, 2006 - 8 emas, 2010 9 emas, dalam pencapaian ini kita perlu berasa bangga dengan keupayaan negara kita dalam beberapa acara yang disertai oleh atlet kita, - Tahniah kontigen negara....

apa yang kita hendak kongsikan di sini ialah kita sepatutnya boleh menjangkau emas yang lebih banyak dari apa yang kita dapat, sebagai contoh mana emas dari badminton??? padahal kita memiliki perseorangan lelaki ranking 1 dunia, kita juga memiliki beregu lelaki ranking 1 dunia??? tetapi manakah emas yang perlu disumbangkan??? berbalaoikah pagkat DATUK yang dikurniakan tetapi tidak dapat memberi apa pun kepada malaysia, Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan sea, Sukan Olimpik semua ini adalah emas yang akan dibaggakan oleh negara-negara dunia, sepatutnya pingat emas ini adalah sumbangan kepada negara, bukannya sekadar kejohanan terbuka... kejohanan terbuka adalah kepada diri sendiri negara tidak dapat apa-apa pun.. oleh itu dapat kita simpulkan bahawa skuad badminton negara tidak pernah mengharumkan nama negara dipentas sukan dunia.. kita amat kecewa, mungkin kekalahan mereka atas faktor ego dan megah diri seperti mana chong wei ditewaskan oleh bongsak dari thailand, adakah ini dinamakan 1 dunia??? tidak sama sekali.. Lindan lebih berhak dinobatkan jaguh dunia tanpa tandingan,, kita semua harap daripada skuad badminton agar lebih komintmen dalam perjuangan...

"kita akan membawa pulang sekurang-kurangnya 1 emas atau saya letak jawatan" ini datangnya dari skuad takraw malaysia, mana emas nya, dalam perjungan dalam sukan asia ini, kita telah dapat menarik nafas lega setelah berjaya membalas dendam terhadap korea selatan yang telah menumbangkan skuad kita pada temasya piala raja thai pada julai yang lepas, tetapi persembahan yang tidak menyakinkan pada final menyebabkan kita sekali lagi tumbang kepada Thailand dengan 2-0 yang mana satu set pun tidak memihak kepada kita, adakah thailand terlalu handal untuk kita tewaskan atau kita hanya jaguh sorak sahaja??? jaguh kampung??? timbul persoalan di dada kita semua dalam skuad takraw negara, kenapa terlalu banyak atlet takraw datang nya dari selangor??? adakah persatuan sepak takraw malaysia tidak mengadakan pemilihan seluruh negara?? kalau ini lah yang belaku dalam fenomena negara memang tidak syak lagi sukan sepak takraw negara tidak akan kemana dan jangan mimpi kita dapat tewaskan thailand, fikir-fikirkan lah...

tetapi dalam kekecewaan terhadap beberapa sukan, terdapat juga beberapa sukan yang boleh dibanggakan, seperti wusyu, karate, squasy, basikal dan terutama dalam sejarah penglibatan negara ialah hoki, walaupun dikecam beberapa pihak dalam sukan komanwel yang lalu, tetapi dalam sukan asia kali ini, HOKI LAH JAGUH NEGARA yang sebenar, dapat menewaskan India dan China yang mana antara kuasa besar hoki dunia, tahniah dan syabas, buat lah yang tebaik dan kekalkan konsisten ini agar kami rakyat malaysia percaya kepada team ini,

walaupun mengharapkan nasib Jordan dan pakistan kalah untuk layak ke pusingan kedua berdasarkan tempat ketiga kumpulan, team bola sepak negara berjaya ke pusingan kedua, walaupun tewas tetapi boleh disimpulkan adalah terbaik, pujian juga harus diberikan kepada penjaga gol negara kerana dialah hero negara... apa-apa pun pengalaman sukan asia ini jadikanlah semangat dan iltizam demi menempuh sukan AFF yang akan datang, tumbangkan ego thailand, tumbangkan ego indon dan jangan membiarkan diaibkan oleh loas seperti mana pengalaman yang ada lepas...

wahai atlet-atlet negara... tolong manfaatkan pelaburan wang oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti sukan di malaysia, telah dilaburkan jutaan ringgit kepada kamu semua demi nama negara,

majulah sukan untuk negara,  

No comments:

Post a Comment