Friday, October 22, 2010

kembali ke kampung halaman

pada malam ini bertarikh 22/10/2010 aku akan pulang ke kampung halaman buat seketika... bukan kerana untuk melawat.. bukan kerana ada walimatul urus.. bukan juga kerana memberi sokongan kepada skuad kenari.. bukan juga ada kecelakaan... tetapi kembalinya diri ini atas kerana satu perjuangan... perjuangan masa depan... walaupun peperangan ini berlaku di beseri, perlis.. aku akan tetap gagahi jua...

peperiksaan ujian personaliti test... ini lah ujian yang aku perlu harungi selama 45 minit.. Ya Allah berikan lah hamba mu ini satu kekuatan untuk menempuh ujian ini... aku akan terus berusaha.. berusaha.. dan terus berusaha... ungkapan arab ada menyatakan "من جد و جد  " yang bermaksud sesiapa yang berusaha akan mendapat kejayaan ini adalah salah satu kat-kata perangsang kejayaan kepada semua calon yang akan menghadapi bersama-sama ujian ini...

kepada rakan-rakan aku memohon doa seiring dengan aku untuk berjaya mengharungi ujian ini... bukan simpati.. bukan wahai teman... tetapi hanya doa ikhlas tanda sokongan kamu semua yang diharapkan...

No comments:

Post a Comment