[ Pada hari itu ada seorang pemuda menanyakan kepada ku, kenapa zaman sekarang terlalu mahal hendak berkahwin??? kenapa zaman dulu murah ja??? ini menyebabkan kami pemuda biasa susah sangat nak berkahwin.. macam mana nie??? kami pun nak buat juga ibadah... kalau kawin mahal pun sampai bercerai berai pun tak guna gak kan??? kita kawin kan untuk mendapat keredhaan Allah ]
Masyallah terkeluar dari mulutku... soalan yang sukar untuk ku menjawab.. tetapi atas tanggungjawab ku gagahi jua menjawab walaupun jawapan ku akan menyebabkan kaum hawa terpikir atau akan memarahiku...
Kataku kepadanya.. Kawin adalah satu ibadah sunat yang kita perlu penuhi... kerana fitrah hidup di dunia ini menggalakkan kita berkahwin.. "Dunia adalah bahan keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan yang solehah" [ Riwayat Muslim]
Kenapa kita perlu berkahwin??? kerana galakan Nabi sepertimana Hadis Nabi S.A.W " Wahai para pemuda! sesiapa yang berkemampuan hendaklah dia berkahwin, kerana perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Sesiapa yang tidak berkemampuan hendaklah dia berpuasa, kerana berpuasa adalah pendindingnya" [Riwayat Bukhari] - dalam hadis ini kenapa Nabi S.A.W mengatakan atau menyeru kepada Asshabab (pemuda) kenapa tidak kepada orang tua?? persoalan ini terjawab seandainya kita merujuk kepada hikmah nikah itu sendiri yang mana antaranya menambah zuriat dan umat Nabi S.A.W, kerana kita perlu tahu kajian sains telah menceritakan bahawa zuriat yang subur adalah diusia remaja dan perempuan juga telah ditetapkan tempoh suburnya...
Oleh itu berbalik kepada persoalan pemuda tadi yang hendak berkahwin tetapi masih tidak mampu atas sebab kaum hawa terlalu meletakkan harga yang telalu mahal.. tahu lah kita bahawa pemuda ini ingin melakukan ibadah perkahwinan... adakah dia masih tidak mampu... mari kita renungkan seorang wanita yang bergraduan ijazah pada masa sekarang telah mencecah RM10,000 walaupun lelaki tadi telah memiliki di dalam pemilikannya RM6,000 adakah ini masih lagi di dalam golongan pemuda yang tidak berkemampuan menurut hadis tadi??? adakah zaman sekarang orang berlumba-lumba untuk meletakan harga yang mana akhirnya akan tiada keberkatan??? hadis Nabi ada menyatakan " Berkahwinlah, walaupun dengan bermas kahwinkan sebentuk cincin besi" [Riwayat Bukhari] - dari hadis ini apa yang dapat disimpulkan bahawa bukan lah cincin besi itu yang menjadi jawapan, tetapi kemampuan yang ada adalah jawapan yang sebenar... tapi ini perlu lah mendapat persetujuan dengan bakal isteri yang terpilih...
Apa jawapan yang pemuda tadi ingin tahu adalah... kita sebagai lelaki di zaman serba moden ini telah ditindas oleh adat kita sendiri... memang adat ini pada asasnya adalah keperluan yang tidak membebankan... tetapi apabilah telah termasuk di zaman moden ini keperluan itu telah terlalu membebankan... dalam perkahwinan hanya diletakkan mas kahwin... kenapa ada wang hantaran??? apakah ini wang hantaran??? wahai pemuda... kita tidak salahkan adanya wang hantaran.. ini juga dapat membantu keluarga bakal isteri dalam urusan walimatul urus (kenduri) tetapi berpatutan kah mintak melebihi keperluan???? tiada komen dari ku hanya dipinta adalah renungan kepada pemuda tersebut...
Wahai pemuda... dalam Islam memang tidak diletakkan kadar mahar.. minima mahupun maxsima... tetapi mari kita renungkan hadis ini untuk kita mendapat keberkatan.. "Saidina Umar bin al-Khatttab r.a berkata: Janganlah kamu melampau dalam meletakkan mas kahwin. Sekalipun mereka adalah orang yang dipandang tinggi di dunia, ataupun bertaqwa. Orang yang paling layak kamu contohi ialah Rasulullah S.A.W.. Baginda tidak pernah memberikan mas kahwin kepada isteri-isterinya dan meminta mas kahwin untuk anak-anak perempuannya lebih daripada 12 auqiah (480 dirham)" [Riwayat Ahmad]
melalui hadis ini marilah kita sama-sama renung dan berpikir bagaimanakah perkahwinan yang diberkati oleh Allah untuk kita cari...
KITA RENUNG KITA AMAL
No comments:
Post a Comment