malaysia.... boleh...
slogan ini telah lama kedengaran, tapi sekarang tidak lekang dari mulut seluruh pelusuk negara, setelah penantian 14 tahun sejak piala ini diasaskan akhirnya didakapi oleh harimau malaysia, terima kasih kepada semua.. apa yang kita tahu sejarah dari penubuhan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum nin tiada langsung kita dapat dakapi sebarang piala rasmi (kecuali pesta bola merdeka), tapi akhirnya kini piala rasmi telah kita dakapi.. apa petanda semua ini,, mutu permainan bola di malaysia telah meningkat ataupun mutu permainan gergasi asia tenggara telah menurun seperti juara bertahan piala AFF iaitu vietnam, kuasa besar asia tenggara iaitu Thailand hanya mampu diperingkat kumpulan, juara 3 kali piala AFF singapura juga hanya peringkat kumpulan dan mangsa terbaru harimau iaitu sang garuda yang dibahaham secara agreget 4-2 di pentas final,
apa yang menariknya pentas final kali ini ialah diketemukan dengan 2 negara yang tidak pernah memegang piala AFF,sebelum final tersebut rekod indon hanya pernah merasa duduk diatas pentas final sebanyak 3 kali dan manakala malaysia sebanyak sekali, tetapi apa yang kita dapat adalah piala dan indon menambah rekod runner up sebanyak 4 kali, juga dalam sejarah telah tercipta penjaring terbanyak AFF kali ini ialah safee sali dengan 5 gol, itupun dikutip diperingkat separuh akhir dan akhir, ketika peringkat kumpulan tiada jaringan dapat dihasilkan... syabas buat safee kerana jaringan pensyudah yang berkesan dapat membantu malaysia
setelah tamatnya AFF, telah wujudnya desa desus yang mengatakan 3 pemain malaysia akan dipancing oleh kelab luar, dari vietnam dan indon, ini adalah salah satu petanda yang positif tekala liga malaysia mengalami penurunan mutu permainan setelah tiada pemain import sejak 2 tahun lalu. sebenarnya apa yang dapat dilihat ialah kejayaan malaysia mendakapi piala AFF bukan dari aspek tiada pemain import dalam liga, tetapi adalah keberkesanan FAM dalam membawa harimau muda A ke luar negara, tahniah FAM dapat menggantikan tindakan bodoh mereka terhadap pengharaman pemain import dengan perancangan baik terhadap harimau muda A, ini dapat dilihat keberkesanannya dengan hampir 75% pemain malaysia ialah daripada harimau muda A yang telah menerima pengalaman di slovakia.. ini lah buktinya..
terbaru apa yang kita tahu juara piala malaysia, yang dianggap gergasi baru bola sepak malaysia iaitu kelantan dengan mudah telah dibelasah oleh harimau muda A 4-1 di stadium kelana jaya. tatkala kelantan membarisi ramai pemain senior... satu cabaran baru buat pasukan negeri yang akan beraksi dalam liga super yang akan bermula pada 29/1/2011, setelah lama berada di slovakia dan menghadapi cabaran cara eropah kini akan mengaum untuk membaham cabaran yang lebih mudah di malaysia,,
Ayuh FAM kami seluruh penyokong berharap tiada lagi keputusan bodoh yang akan dibuat oleh FAM iaitu jangan lah membatalkan lagi keputusan mesyuarat FAM terdahulu yang mana akan membuka semula pemain import untuk musim 2012, kerana percayalah, mutu permainan bola malaysia tidak akan dapat bersaing dalam kejohanan kelab AFC, lagipun teruskan perancangan terhadap harimau muda di masa hadapan...
No comments:
Post a Comment