Monday, August 1, 2011

ahlan wah sahlan ya shahrul ramadhan al-mubarakah...

setelah setahun engkau menghilang akhirnya engkau menjelma... aku bersyukur kepada Mu ya Allah kerana melimpahkan rahmat Mu untuk mengizinkan diri yang penuh dengan kekurangan ini untuk masih berada di dalam bulan yang penuh keberkatan ini... Syukran Jazilan Ya Allahu rabbi...

bulan ramadhan penuh dengan segala limpahan pahala yang diberikan oleh Allah kepada makluknya yang beragama Islam untuk dilaburkan di alam yang kekal abadi.. iaitu alam akhirat... bulan puasa ini mengandungi amalan yang tiada di bulan yang lain untu ditambahkan lagi amal ibadat.. solat tarawikh... puasa bulan ramadhan... keberkatan bersahur dan mempercepatkan berbuka.. amalan sedekah di tambahkan lagi dengan wajibnya iaitu zakat fitrah... waw banyak nya amalan yng boleh dilakukan... jangan dilupakan amalan qiamullai pada malam nya kerana kalau diberi rezeki oleh Allah insyaallah akn dilimpahkan dengan malam lailatulqadar... malam yang penuh dengan keberkatan... pernah sy diperrsoalkan oleh seorang insan yang menanyakan... Ustaz saya tiap2 malam saya bangun untuk qiamullai unt mencari lailatul qadar tetapi setelah habisnya ramadhan saya masih belum mendapat apa yang dikatakan malam lailatulqadar... tetapi katanya ada kan... jawapannya mudah sahaja '' kun fayakun' kalau Allah kehendaki ia berlaku akan belaku.. mungkin Allah tidak menjelmakan lagi pada insan itu.. bkan semua orang boleh mendapatkannya... hanya insan terpilih oleh Allah sahaja yang akan dapat...

Allah telah memfardhukan pada bulan ramadhan setiap umat Islam wajib menunaikan ibadah puasa... Imam Ghazali menyatakan melalui kitab karangannya ihya' ulumuddin menerangkan 3 golongan bagi orang yang puasa iaitu:
1. golongan yang puasa hanya menahan diri daripada membatalkan puasa yang mana tidak perlu diqada'kan puasanya kerana puasanya telah sah... golongan ini adalah golongan orang awam yang mn semua orang boleh melakukannya...

2. golongan ini adalah golongan yang berpuasa dengan menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa tetapi ditambahkan lagi puasa anggota badan yang lain.. melalui puasa mata.. puasa kaki... puasa tangan daripada melakukan perkara yang tidak dibolehkan... golongan ini adalah golongan orang yang soleh yang mana tidak banyak orang awam yang dapat ketahap ini

3. golongan ini adalah semua yang ada pada golongan pertama dan golongan yang ke dua tetapi ditambah yang mmg sukar dilakukan dan dikawal iaitu puasa hati... golongan ini adalah golongan para rasul2... nabi2... dan jgak para wali yang mana golongan ini tidak banyak orang soleh yang dapat ketahap ini...

oleh itu marilah kita renung2kan manakah kita berada adakah golongan pertama pun kita tidak mampu tercapai...Ya Allah ya Tuhan ku terima lah segala amal ibadat yang dilakukan oleh umatMu ini Ya Allah agar kami mendapat keberkatan Mu Ya Allah...